Alu-aluan

Alam Mala sekadar berhasrat untuk menyampai, bukan menunjuk pandai atau memandai-mandai. Ini hanya ikhtiar untuk memanjang khabar, diharap bersabar dan beri tunjuk ajar, agar sama-sama mendapat iktibar. Terus mencari membangkit jati diri bukan untuk meninggi diri.

Segala catatan dari blog ini (dan pautan-pautan yang terkait) diharap dicerna dengan berhemah dan hati-hati. Tidak perlu bersikap fanatik dengan terlalu mengiakan atau menidakkan sebarang maklumat yang dikongsi. Allah yang Maha Mengetahui, dan semoga sentiasa dibukakan pintu ilmu dan pemahaman untuk kita sentiasa lebih dekat pada Empunya diri. Sama-sama kita telusuri dan terus mencari.

2.1.11

ATBM versi PDF di Scribd

Salam sejahtera kepada peminat dan pembaca setia Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM).

Catatan ini sekadar pemberitahuan mengenai alternatif lain memudahkan anda membaca dan memuat-turun ATBM versi PDF. Kini versi PDF ini boleh didapati di Scribd melalui alamat berikut http://www.scribd.com/alammala

Kesemua "Kompilasi Proto Alter Terahsia Bangsa Melayu - Volume 3.5" seperti yang terdapat dalam catatan yang lepas (Kompilasi Proto Alter Terahsia Bangsa Melayu - Volume 3.5) telah dimuat-naik ke Scribd.

Sila layari ke http://www.scribd.com/alammala

Nota: Alam Mala tiada kena-mengena dengan Mistis Organization atau Srikandi. Alam Mala sekadar pembaca setia yang mengikuti perjalanan blog MistisFiles dan seangkatan dengannya seperti Sangtawal Sakranta, Melayu Nusantara dan Awaken. Setelah sekian lama, Alam Mala berniat untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembaca-pembaca lain dan Mistis Organization secara tidak langsung. Jika terdapat catatan berupa pendapat Alam Mala di mana-mana bahagian kompilasi tersebut atau di dalam blog ini berkaitan artikel dari MistisFiles, ia adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Mistis Organization atau Srikandi, begitu juga sebaliknya.

1 ulasan: