Alu-aluan

Alam Mala sekadar berhasrat untuk menyampai, bukan menunjuk pandai atau memandai-mandai. Ini hanya ikhtiar untuk memanjang khabar, diharap bersabar dan beri tunjuk ajar, agar sama-sama mendapat iktibar. Terus mencari membangkit jati diri bukan untuk meninggi diri.

Segala catatan dari blog ini (dan pautan-pautan yang terkait) diharap dicerna dengan berhemah dan hati-hati. Tidak perlu bersikap fanatik dengan terlalu mengiakan atau menidakkan sebarang maklumat yang dikongsi. Allah yang Maha Mengetahui, dan semoga sentiasa dibukakan pintu ilmu dan pemahaman untuk kita sentiasa lebih dekat pada Empunya diri. Sama-sama kita telusuri dan terus mencari.

10.1.11

Rumpun Austronesian

Menelusuri nusantara dari sisi linguistik memperlihatkan sebuah keluarga besar dari rumpun Austronesian ini. Terdapat banyak perkara yang turut menerbitkan alter (cedokan dari MistisFiles) semasa menelusuri rumpun bahasa besar ini.

Terutama ketika membayangkan seorang ahli pelayaran Inggeris bernama Kapten James Cook yang menjelajah ke serata Lautan Pasifik dengan kapal megah yang berteknologi tinggi (sesuai zaman itu) dan berjaya menemui kepulauan-kepulauan terpencil yang tidak pernah diberitakan, kerana jarak antara kepulauan dengan dataran tanah besar terletak beribu batu jauhnya.

Tetapi sangat mengejutkan apabila terdapat kelompok masyarakat yang telah terlebih dahulu menempati kepulauan tersebut beribu tahun sebelum beliau sampai. Lebih mengejutkan, masyarakat tersebut ternyata bukan asing kerana memiliki variasi ciri-ciri fizikal yang mirip dengan kepulauan-kepulauan lain yang telah dijelajahi sepanjang pelayaran beliau di daerah kepulauan selatan ini dan turut menuturkan bahasa dalam rumpun yang sama.

Ternyata masyarakat ini telah terlebih dahulu menguasai lautan luas beribu tahun sebelum Eropah, dengan menempati hampir keseluruhan daratan yang terdapat di sekitar Lautan Pasifik hingga ke Madagaskar berhampiran benua Afrika.

Menelusuri Nusantara Dari Sisi Linguistik


Masih banyak penemuan yang ingin dikongsi semasa menelusuri rumpun bahasa ini. Semoga dikurniakan ilham, masa dan tenaga, insya'allah.

1 ulasan: