Alu-aluan

Alam Mala sekadar berhasrat untuk menyampai, bukan menunjuk pandai atau memandai-mandai. Ini hanya ikhtiar untuk memanjang khabar, diharap bersabar dan beri tunjuk ajar, agar sama-sama mendapat iktibar. Terus mencari membangkit jati diri bukan untuk meninggi diri.

Segala catatan dari blog ini (dan pautan-pautan yang terkait) diharap dicerna dengan berhemah dan hati-hati. Tidak perlu bersikap fanatik dengan terlalu mengiakan atau menidakkan sebarang maklumat yang dikongsi. Allah yang Maha Mengetahui, dan semoga sentiasa dibukakan pintu ilmu dan pemahaman untuk kita sentiasa lebih dekat pada Empunya diri. Sama-sama kita telusuri dan terus mencari.

3.1.11

Alter Terahsia Bangsa Melayu – Bahagian I dan II (versi PDF)

Salam,

Sambil menantikan artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) yang terbaru dari Srikandi, memberikan ruang untuk sesi suntingan semula ATBM bahagian I dan II. Ini adalah siri pertama dari siri-siri ATBM yang telah mencecah angka 13.

Mari kita imbas kembali dari siri pertama ini yang membuatkan ramai pembaca jatuh cinta pandang pertama dan langsung menghargai nilai-nilai kemelayuan yang masih tersisa dalam diri masing-masing.

Kepada yang berminat untuk menyimpan sebagai koleksi 'offline', sila muat-turun dengan mudah dari Scribd.

Berikut adalah pautannya;
1. Alter Terahsia Bangsa Melayu - Bahagian I
     Sumber asal: Alter Terahsia Bangsa Melayu: Debut
     Versi suntingan semula (PDF): Alter Terahsia Bangsa Melayu - Bahagian I


2. Alter Terahsia Bangsa Melayu - Bahagian II
     Sumber asal: The Lost Fragrance in The Promised Land
     Versi suntingan semula (PDF): Alter Terahsian Bangsa Melayu - Bahagian II


Insya'allah, jumpa lagi.

Nota: Alam Mala tiada kena-mengena dengan Mistis Organization atau Srikandi. Alam Mala sekadar pembaca setia yang mengikuti perjalanan blog MistisFiles dan seangkatan dengannya seperti Sangtawal Sakranta, Melayu Nusantara dan Awaken. Setelah sekian lama, Alam Mala berniat untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembaca-pembaca lain dan Mistis Organization secara tidak langsung. Jika terdapat catatan berupa pendapat Alam Mala di mana-mana bahagian kompilasi tersebut atau di dalam blog ini berkaitan artikel dari MistisFiles, ia adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Mistis Organization atau Srikandi, begitu juga sebaliknya.

1 ulasan: