Alu-aluan

Alam Mala sekadar berhasrat untuk menyampai, bukan menunjuk pandai atau memandai-mandai. Ini hanya ikhtiar untuk memanjang khabar, diharap bersabar dan beri tunjuk ajar, agar sama-sama mendapat iktibar. Terus mencari membangkit jati diri bukan untuk meninggi diri.

Segala catatan dari blog ini (dan pautan-pautan yang terkait) diharap dicerna dengan berhemah dan hati-hati. Tidak perlu bersikap fanatik dengan terlalu mengiakan atau menidakkan sebarang maklumat yang dikongsi. Allah yang Maha Mengetahui, dan semoga sentiasa dibukakan pintu ilmu dan pemahaman untuk kita sentiasa lebih dekat pada Empunya diri. Sama-sama kita telusuri dan terus mencari.

22.12.10

Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' (versi PDF)

Alhamdulillah, berjaya juga menyudahkan penyuntingan artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - volume 3.5' dalam bentuk PDF, walaupun siri ini belum selesai lagi di MistisFiles. Anggap kompilasi ini sebagai versi proto dan insya'allah akan terus disunting dengan siri-siri akan datang (dan juga siri sebelumnya).

Kompilasi Proto Alter Terahsia Bangsa Melayu - Volume 3.5 [Muat turun PDF]

Kompilasi ini sekadar memudahkan pembaca untuk muat-turun versi PDF ini bagi memudahkan pembacaan secara offline capaian mudah untuk rujukan. Sesuai juga untuk cetakan.

Secara ringkas, kandungan kompilasi ini adalah seperti berikut;
  1. Pengenalan - Promo 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' dari Mistis Organization [PDF]
  2. Temubula bersama Srikandi - Sempena selesai volume 3 terdahulu [PDF]
  3. Catatan-catatan Srikandi - Menjelang 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' [PDF]
  4. Artikel-artikel Pengiring 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' - Pelajaran I [PDF], Pelajaran II [PDF], Pelajaran III [PDF], dan Pelajaran IV [PDF]
  5. Artikel Utama - 'The Chronicles of Matahari' - 'Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII' [PDF]
Harap bermanfaat. Sila maklumkan jika pautan tidak berfungsi.

Nota: Alam Mala tiada kena-mengena dengan Mistis Organization atau Srikandi. Alam Mala sekadar pembaca setia yang mengikuti perjalanan blog MistisFiles dan seangkatan dengannya seperti Sangtawal Sakranta, Melayu Nusantara dan Awaken. Setelah sekian lama, Alam Mala berniat untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembaca-pembaca lain dan Mistis Organization secara tidak langsung. Jika terdapat catatan berupa pendapat Alam Mala di mana-mana bahagian kompilasi tersebut atau di dalam blog ini berkaitan artikel dari MistisFiles, ia adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Mistis Organization atau Srikandi, begitu juga sebaliknya.

Selamat membaca.

5 ulasan:

  1. Terima kasih atas usaha anda.Salam penghargaan dari kami.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kembali tuan MO. Terharu sungguh tuan sudi 'mencemar duli' mengetik tetikus ke sini. Sudi pulak mencatat komentar di sini. terima kasih di atas penghargaan atas usaha yang tak seberapa ini. Insya'allah bercambah jua menjadi pohon berakar tunjang daun merimbun.

    BalasPadam
  3. Bagus tuan rumah...

    satu usaha yg baik, moga dicucuri rahmat dan sihat sentiasa.

    sama2 lah kita berjuang bangkitkan alters anak bangsa.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan Semantan,

    Tuan antara sumber semangat untuk berkongsi di dunia maya ini setelah sekian lama melihat pengembangan ilmu Tuan Semantan dalam mencari akar melalui perkongsian di ruang komentar MistisFiles dan blog tuan sendiri.

    Oh ye, tahniah atas anugerah 'Semantan Jones' yang diperolehi baru-baru ini ;p

    BalasPadam